Jumat, 10 Oktober 2014

                        Agama Islam di Malaysia pada abad ke 7 Masihi.Agama islam disebar oleh pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China.  Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. 
                        Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara.
                          Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu. Manakala Ibnu Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam.
 Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru manusia Alam Melayu atau Nusantara itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu keyakinan yang berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme. Islam telah membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosial budaya dan membentuk kerajaan Melayu.
Kesan kedatangan Islam terhadap kehidupan sosial dan kebudayaan Melayu serta sistem kerajaan merupakan suatu proses pembudayaan yang boleh dikaji dari pelbagai sudut seperti pendidikan dan pengembangan ilmu, bahasa, kebudayaan dan kesenian, politik dan pentadbiran,  ketatanegaraan, hukum hakam, dan sebagainya. 
Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosial budaya dan politik. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosial budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.
  Bukti sejarah Islam di Malaysia ditandai dengan ditemukannya sebuah batu nisan di Kedah yang tertulis nama Syekh Abdul Qadir Ibnu Khusyen Syah seorang da’i keturunan Persia pada abad ke abad ke-9 M. Buktisejarah lainnya adalah dengan ditemukannya batu bersurat yang lebih dikenal dengan nama Tugu Peringatan Batu yang ditemui di Kuala Berang, Trengganu. Dilihat secara menyeluruh, sejak zaman berzaman umat Melayu mungkin dapat digolongkan sebagai umat yang taat beragama. Setidak-tidaknya penghayatan syiar-syiar agama masih bersemarak. Setiap tahun jemaah haji dari rantau ini terutamanya dari Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbesar jumlahnya. Sebahagian besar umat Melayu masih menghormati hukum-hakam agama. Yang  paling jelas orang Melayu lemah penghayatan Islam mereka tetapi masih menghormati ajaran-ajaran Islam tertentu seperti larangan makan babi dan binatang-binatang lain yang diharamkan, termasuk juga binatang-binatang halal yang tidak disembelih secara Islam. Selain itu, fenomena bertukar agama atau keluar dari Islam boleh dikatakan jarang sekali terjadi.

0 komentar:

Posting Komentar

my style © 2013 | Powered by Blogger | Blogger Template by DesignCart.org